Oleh Danial Dzulkifly SHAH ALAM, 10 SEPT: Selangor mencadangkan pelan lebuh raya air bernilai RM5 bilion, yang akan menghubungkan laluan air dari Kuala Lumpur ke Sungai Klang dan mengalir terus ke laut. EXCO infrastruktur berkata "lebuh raya" serupa dengan saluran air atau terowong itu...
Oleh Danial Dzulkifly SHAH ALAM, 10 SEPT: Selangor bakal menubuhkan badan khas dikenali sebagai Suruhanjaya Air Selangor (SAS), bagi melindungi sumber air negeri termasuk pengurusan kumbahan. EXCO infrastruktur berkata status Jawatankuasa Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) juga bakal dinaikkan...
SHAH ALAM, 10 SEPT: Kerja menampal jalan berlubang di negeri ini akan menjadi lebih cepat menggunakan jentera berteknologi tinggi dari United Kingdom, Jetpatcher bernilai RM1 juta.
KUALA LANGAT, 8 SEPT: Siasatan komprehensif untuk mengenal pasti punca kejadian tebing runtuh di projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) petang semalam akan dilakukan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
Kehadiran spesies ikan asing yang mengancam hidupan asal di sesuatu habitat banyak berlaku di pelbagai negara.
SHAH ALAM, 3 SEPT: Selangor memulakan strategi melepaskan air di tujuh empangan secara optimum mulai 16 Ogos lalu, sebagai persediaan berdepan Monsun Timur Laut dijangka November ini.
SABAK BERNAM, 21 OGOS: Projek turapan mega 2.0 bermula September ini memfokus pada jalan yang mengalami kerosakan kritikal.
KLANG, 5 OGOS: Pelbagai projek giat dilaksanakan kerajaan persekutuan dan Selangor, termasuk meningkatkan pengurusan infrastruktur bagi menangani masalah banjir secara menyeluruh.
KLANG, 5 OGOS: Penambahan tiga unit pam skru baharu di pintu air Taman Sri Muda, di sini mampu mengepam keluar air lima ganda, sekali gus mengurangkan risiko banjir di kawasan berhampiran.
SHAH ALAM, 22 JULAI: Kerajaan Selangor menyasarkan nilai jualan sebanyak RM550,000 daripada 11 usahawan yang menyertai Ekspo Malaysia Fest 2024 selama empat hari di Singapura, bermula Khamis ini.
OLEH DANIAL DZULKIFLY SHAH ALAM, 11 JULAI: Selangor memberi jaminan projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) beroperasi sepenuhnya menjelang Oktober tahun ini, tanpa tempoh lanjutan diberikan kepada kontraktor. EXCO infrastruktur menjelaskan projek merangkumi empat pakej membabitkan Loji Rawatan...
SHAH ALAM, 10 JUL: Draf pindaan Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971 berkenaan haiwan berkeliaran dijangka dimuktamadkan sebelum hujung tahun ini, kata exco pertanian.
SHAH ALAM, 4 JULAI: Kerajaan Negeri sedang meneliti dan menunggu jawapan daripada kerajaan persekutuan berhubung cadangan pembinaan enam lebuh raya baharu di Selangor.
HULU SELANGOR, 2 JULAI: Jejambat Bandar Saujana Putra sepanjang 820 meter yang dibina bagi mengatasi kesesakan trafik kawasan sekitar dibuka kepada pengguna Ahad ini.
HULU LANGAT, 9 JUN: Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega sempena Aidiladha dianjur di enam lokasi pada Sabtu dan Ahad minggu depan, untuk meringankan persiapan umat Islam menyambut perayaan.
HULU LANGAT, 9 JUN: Enakmen melarang pelepasan ikan invasif atau asing bakal dikuat kuasa tahun ini sebagai langkah memulihara sungai dan spesies tempatan.
KLANG, 28 MEI: Kutipan sampah di Sungai Klang menurun 67 peratus daripada 16,000 tan metrik pada 2019 kepada 5,800 tan metrik tahun lalu, kata EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim.
KLANG, 28 MEI: Jejambat Bandar Saujana Putra sepanjang 820 meter yang dibina bagi mengatasi kesesakan trafik kawasan sekitar beroperasi sepenuhnya Jun depan, kata EXCO infrastruktur.
SHAH ALAM, 25 ME: Kerajaan Negeri akan menganjurkan jualan mega sempena Aidiladha bagi meringankan belanja persiapan menyambut perayaan tersebut.
HULU SELANGOR, 26 APRIL: Senyuman terukir di wajah 400 ketua isi rumah yang menerima pek barangan asas pada program Sumbangan Ehsan Rahmah di Balairaya Jalan Padang Golf, Kuala Kubu Bharu, hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.